perhatian

klikkan MU bermakna bagi KU

Friday, July 23, 2010

Lelaki pun nak cantik

LELAKI moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.

Kebanyakan lelak itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.

Umum mengetahui apabila usia mula meningkat maka peluang untuk diserang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis jantung dan kanser semakin besar. Oleh kerana fenomena itu sangat serius dan mengancam nyawa, maka kita seharusnya menyekat kehadirannya sebelum ia berlaku. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQdDnkw5JYVOUk5DMN6Nfmnuao5e1gHxV_Q3Rz51ZPWXsnpv-I&t=1&usg=__JSYK5QH9xTvFC-qSClkC41W4LwI=Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:

· pigmentasi pada kulit

· garis dan kedutan

· wajah jatuh menggeleber dan tampak tua

· rambut beruban

· rambut botak

· pori pori wajah kasar kerana kerap bercukur

· kurang stamina dan kurang keinginan seks

· kulit kusam dan tidak sekata

· kulit gelap kerana pendedahan melampau pada matahari

· obesity

1 comment:

  1. tapi kena hati2, banyak barangan kecantikan untuk wanita tidak sesuai untuk lelaki terutama shampoo wanita...jangan jadi lembut kerana nak cantik.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

HR MARKETING

Name:
Email Address:
Mobile Phone:
Your Order: Susu Kambing Hi Goat
Susu Kambing Hi Goat Premium
Sprhru Coffee
Tablet Chocolate
Tablet Strawberry
Tablet Natural
Tablet Coffee
Enter your question:

This contact form was created by Freedback.